Friday, November 5, 2010

ASAL USUL KAMPUNG BATU 4


Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak lebih kurang 7 km dari Bandar Chukai. Pada mulanya kampung ini telah diterokai oleh beberapa petani yang merupakan pembuka kampung ini. Di antaranya ialah En.Abd.Rahman bin Samad, En.Talib bin Said, En.Ali bin Samad, Hj.Mohd Zin bin Mohd dan beberapa orang yang lain yang telah membersihkan kawasan di sini bagi didirikan tempat penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian. Kampung ini dianggarkan telah dibuka pada tahun 1925 sebelum bah besar berlaku di Kemaman pada tahun 1926. Hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja pada permulaan pembukaan kampung ini. Kesepakatan dibuat bagi melantik ketua kampung bagi mentadbirkankan kampung ini. Ketua kampung pertama yang telah dilantik ialah Allahyarham Abd.Rahman bin Samad.Penduduk kampung ini terdiri dari kaum Melayu dan Cina.Majoriti pekerjaan penduduknya ialah petani sementara yang lain ada yang bekerja kerajaan, swasta, buruh, peniaga dan sebagainya. Memandangkan kedudukan kampung ini yang jaraknya empat batu dari Bandar Chukai maka keputusan muafakat telah meletakkan nama kampung ini sebagai Kampung Batu 4.


No comments:

Post a Comment